Permohonan IPG PISMP – Syarat Kemasukan
Sebelum anda membuat permohonan ini, anda perlu menyemak beberapa syarat umum untuk memohon :
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun semasa membuat permohonan
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang dimana merangkumi gred A-, A dan A+ dalam lima mata pelajaran di peringkat SPM
- Mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
– Bahasa Melayu,
– Sejarah,
– Lulus Bahasa Inggeris,
– Lulus satu subjek lain. - Pelu memenuhi syarat bidang pengkhususan
Calon perlu ingat bahawa bidang yang akan ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
PISMP – Pengenalan
Pelajar yang layak perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebanyak dua semester selama setahun di mana – mana IPG yang ditetapkan oleh KPM.
Setelah pemohon lulus dan diberikan sijil tamat PISMP akan ditawarkan bagi mengikuti pengajian PISMP seterusnya selama 4 tahun di mana – mana IPG yang telah ditetapkan.
Di IPG (Institut Pendidikan Guru) ini, bakal guru akan dilatih melalui program PISMP. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini merupakan satu program guru tajaan KPM untuk pelajar lepasan SPM. Oleh itu bagi lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru samada bagi sekolah rendah atau sekolah menengah digalakkan untuk memohon.
Bagi pelajar PISMP, anda akan menerima elaun setiap bulan sebanyak RM430 dan yuran pengajian berjumlah RM27,831 sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun akan ditanggung oleh kerajaan.
Permohonan IPG lepasan SPM bagi tahun 2018, 2019 & 2020 ini akan mula di buka pada 15 Mac sehingga 15 April 2021.
- Setiap tahun, mengenai kemasukan ke program ini akan disiarkan dalam surat khabar.
- Namun, permohonan ke PISMP boleh dilakukan menerusi laman rasmi KPM secara atas talian (online) di www.moe.gov.my.
- Hanya SATU permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pemohon. Permohonan yang tidak lengkap atau diisi dengan maklumat palsu tidak akan diterima.
- Calon akan dipanggil menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).
- Surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus melayari laman rasmi PISMP 2021 iaitu di:
—-> https://pismp.moe.gov.my/
0 Response to "Permohonan IPG PISMP"
Post a Comment