Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - 26 Mei 2016

Jawatan kosong terkini di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Anak Negeri Melaka) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sebagai :

1. EKSEKUTIF HASIL
2. EKSEKUTIF PEMATUHAN BISNES
3. EKSEKUTIF MIKROBIOLOGI
4. EKSEKUTIF ICT (PENGATURCARAAN)
5. JURUTEKNIK
6. JURUTEKNIK ICT
7. PEMBANTU AKAUNTAN
8. PEMBANTU TADBIR
9. PEMBACA METER
10. KREW

Tarikh tutup permohonan 26 Mei 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Swasta
Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

LATAR BELAKANG

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) adalah sebuah syarikat yang berperanan dalam pengurusan Air Negeri Melaka dan bertanggungjawab di dalam perkhidmatan rawatan dan pengagihan air bersih di negeri ini. Syarikat ini telah mendapat lesen daripada Kerajaan Negeri Melaka untuk menyediakan perkhidmatan pembekalan air bersih kepada penduduk sekitar melalui Enakmen Perjanjian 2004. Sejarah bekalan air Negeri Melaka bermula lebih satu abad lalu apabila Empangan Ayer Keroh yang terletak kira-kira tujuh (7) batu dari Bandar Melaka telah dibina oleh ‘The Corps of Royal Engineer’ pada sekitar tahun 1898. Dengan terbina empangan ini, maka ia telah dapat memberi sumber air kepada penduduk secara amnya. Kemudian sistem bekalan ini diserahkan kepada Majlis Perbandaran untuk menyelenggarakan bekalan air dengan membayar sebanyak RM7,200.00 setahun kepada kerajaan sebagai pampasan untuk membiayai kos projek berkenaan. Apabila Bandar Melaka semakin berkembang maka bekalan air tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Maka, Empangan Asahan telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya dan kemudian diserahkan kepada Majlis Perbandaran Melaka untuk operasi dan penyelenggaraan. Kedua-dua punca bekalan air dari Asahan dan Ayer Keroh telah digunakan untuk membekalkan air ke Bandar Melaka. Setelah Perang Dunia Kedua, ternyata bahawa bekalan air dari kedua-dua punca iaitu Asahan dan Ayer Keroh tidak mencukupi untuk menampung penggunaan yang semakin meningkat.

Pada tahun 1993 Lembaga Air Melaka telah mengalami perubahan nama kepada Perbadanan Air Melaka (PAM) apabila ia diperbadankan. Pada 1 Julai 2006 Perbadanan Air Melaka telah dikorporatkan menjadi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Langkah ini untuk mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna negeri ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan melalui penswastaan. Selepas dikorporatkan, Syarikat Air Melaka Berhad telah diberi peranan dan bidang kuasa yang lebih luas tanpa menjejaskan segala aktiviti asal Perbandanan Air Melaka. Pengkorporatan Syarikat Air Melaka Berhad ini adalah sebagai usaha Kerajaan Negeri bagi memantapkan pengurusan serta pengagihan bekalan air kepada rakyat negeri ini dengan fungsi, objektif, peranan dan kuasa Syarikat Air Melaka Berhad yang lebih meluas.

0 Response to "Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - 26 Mei 2016"

Post a Comment