Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajaya (PPj) - 24 Mei 2016

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Putrajaya (PPj) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Perbadanan Putrajaya (PPj) sebagai :

1. PENGARAH PERKHIDMATAN KORPORAT

Tarikh tutup permohonan pada 24 Mei 2016
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Swasta / Berkanun
Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajaya (PPj)

SYARAT/KELAYAKAN

Bidang Tugas
• Melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif.
•Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pejabat seperti pengurusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan akaun, Sistem Point of Sale/Kaunter Tiket, perolehan peralatan dan pengurusan aset.
• Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kelayakan
• Sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang Akauntan atau Kewangan. Pengalaman
• Sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang Akauntan atau Kewangan.
Syarat-Syarat Lain
• Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
• Fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
• Mmempunyai lesen memandu dan mempunyai kenderaan sendiri.
• Boleh bekerja dalam satu pasukan dan berkeupayaan untuk mengemudi sepenuhnya pengurusan kewangan dan pentadbiran Syarikat.

Sekiranya anda memiliki kriteria-kriteria yang kami cari dan bersedia untuk bekerja dengan penuh


dedikasi ke arah merealisasikan aspirasi kami, sila hantarkan resume anda ke hr@cruisetasikputrajaya.com dengan menyatakan jawatan yang dipohon di bahagian subjek emel. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

0 Response to "Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajaya (PPj) - 24 Mei 2016"

Post a Comment