Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 01 Jun 2016

Jawatan kosong terkini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PENSYARAH 
3. PENSYARAH MUDA

Tarikh tutup permohonan 31 Mei - 01 Jun 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Berkanun / Swasta
Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Akademik) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang boleh diperolehi di Pejabat Bahagian Pengurusan Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web rasmi KUIS iaitu www.kuis.edu.my.

b. Sila catatkan nama jawatan, bidang pengkhususan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

c. Bagi Pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berminat untuk memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

d. Permohonan yang tidak mencatatkan jawatan yang dipohon atau bidang pengkhususan serta dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

f. Sila kemukakan permohonan kepada :

Ketua
Bahagian Pengurusan Insan
Pejabat Pendaftar
Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

0 Response to "Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 01 Jun 2016"

Post a Comment