Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) - 15 November 2014

Jawatan kosong kerajaan terkini di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) November 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) sebagai:

1. Eksekutif Audit Dalam (lelaki shaja)

Tarikh tutup permohonan pada 15 November 2014
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)


KELAYAKAN:

  • Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
  • Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan
  • Berpengalaman dalam profesion ini lebih 2 tahun
  • Mempunyai tauliah Audit Dalam (Certified Internal Auditor) 

TANGGUNGJAWAB:

  • Menjalankan tanggungjawab untuk fungsi perancangan dan penyelarasan Juruaudit Dalaman
  • Menyediakan rancangan audit serta mengawas dan menyelia aktiviti Audit Dalam meliputi program audit, skop kerja perjawatan, bajet dan latihan
  • Menjalankan tugas-tugas pengauditan merangkumi auditan pengurusan, kewangan dan sistem matlumat pengurusan komputer serta lain-lain auditan yang berkaitan
  • Menyediakan laporan pengauditan dan menjalankan susulan ke atas cadangan audit.


Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan  'resume' yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO.3, JALAN TAMAN KINTA 
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PETI SURAT 228, 30730 IPOH.
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Hanya  calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA : 15 November 2014

0 Response to "Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) - 15 November 2014"

Post a Comment