Jawatan kosong terkini di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) November 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai:
1. Polis Bantuan KP10G12
Syarat Kelayakan
• Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
dengan mendapat kepujian di dalam Bahasa Malaysia;
• Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau tidak
tidak melebihi 30 tahun bagi kakitangan KTM Berhad;
• Tinggi tidak kurang daripada 165 sm (tanpa memakai kasut);
• Berat badan tidak kurang daripada 48kg;
• Ukuran dada biasa 79sm, tarik nafas 84sm;
• Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9
tanpa cermin mata;
• Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia;
• Bebas dari segala jenis Dadah / Jenayah.
• Sedia ditempatkan ke mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad;
Spesifikasi Tugas.
• Menjaga kawasan bit, pos bengkel, ibu pejabat, pejabat tunai, stesen, dan
platform;
• Menjalankan tugas-tugas mengiringi wang ke bank bersama penyelia;
• Menjalankan tugas-tugas rondaan bersama penyelia di laluan komuter;
• Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang memasuki depoh dan
pejabat di ibu pejabat KTM Berhad;
• Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di depoh;
• Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian, balai
dan sebarang buku laporan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 7 November 2014 ke alamat seperti berikut:
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel : 03-22631368/03-22631312
Home » Berkanun »
Kuala Lumpur »
Swasta
» Jawatan Kosong Sebagai Polis Bantuan di KTMB - 07 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Jawatan Kosong Sebagai Polis Bantuan di KTMB - 07 November 2014"
Post a Comment