Jawatan Kosong di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak - 31 Oktober 2014

Jawatan kosong terkini di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak. Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak mempelawa pemohon dari warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak  untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:-

Jawatan: Pegawai Penyelidik, Q41 (Program R&D) - Kontrak
Jumlah Kekosongan: 4

sarawak


Jadual Gaji: Q41


Calon yang berjaya akan melaksanakan tugas berikut:-

-Memain peranan dalam perancangan projek, penyelarasan, pengumpulan sampel, membuat ujikaji dan analisis, serta mahir menulis laporan secara saintifik.
-Melibatkan diri secara aktif di dalam program R&D.
-Mempelajari teknik dan peralatan makmal yang baru.

Kelayakan:

Calon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (PNGK 3.0 dan ke atas) dalam bidang sains yang berkaitan. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Berkebolehan berinteraksi secara proaktif di semua peringkat masyarakat akan menjadi kelebihan kepada calon.

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan SBC/HR/2005/1 yang boleh didapati di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak atau muat turun di sini.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil-sijil persekolahan dan akademik serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan dan hantar kepada alamat di bawah sebelum atau pada 31 Oktober 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif
Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak
KM20 Jalan Borneo Heights, Semengoh
Locked Bag No. 3032
93990 Kuching, Sarawak
[Tel: 082-610610 Faks: 082-611535]

Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

0 Response to "Jawatan Kosong di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak - 31 Oktober 2014"

Post a Comment