Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - 12 Jun 2014


Jawatan Kosong kerajaan terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Jun 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai:

1. Pegawai Undang- Undang Gred L41 
2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
3. Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29
4. Pegawai Pengangkutan Gred A17 



CARA MEMOHON 

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan  Jawatan (MUI)Kn, 1/93 pada link muat turun borang permohonan dibawah atau dengan mengemukakan sampul surat  berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50  sen atau mengambil sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis  Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat  melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun  2013 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak  serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan  bersama borang permohonan.

iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima  tidak akan dilayan.

ALAMAT PERMOHONAN

 Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

 YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua, 
 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 
 Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, 
 15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 12hb. Jun, 2014 

PERKARA AM 

a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. 
b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutuphendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


0 Response to "Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - 12 Jun 2014"

Post a Comment