Jawatan kosong terkini di Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) Julai 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong sebagai Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Sekolah Sukan Malaysia Sabah, Sekolah Sukan Malaysia Terengganu dan Sekolah Sukan Malaysia Perlis.
Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih sukan.
Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil
1. Gimnastik
2. Karate
3. Hoki
4. Angkat Berat
5. Menembak
6. Olahraga
7. Badminton
8. Renang
9. Boling
10. Gimrama
11. Kriket
12. Ping Pong
13. Squash
14. Terjun
15. Wushu
Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail
1. Boling Padang
2. Hoki Perempuan
3. Lawan Pedang
4. Ragbi
5. Sepak Takraw
6. Boling
Sekolah Sukan Malaysia Pahang
1. Bola Sepak
2. Gimnastik
3. Memanah
4. Olahraga
5. Bola Karanjang
Sekolah Sukan Malaysia Sabah
1. Hoki Lelaki
2. Hoki Perempuan
3. Renang Lelaki
4. Renang Perempuan
5. Terjun Air Perempuan
6. Olahraga Lelaki
7. Olahraga Perempuan
Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
1. Badminton
2. Bola Sepak
3. Hoki
4. Olahraga
5. Squasy
6. Boling
Sekolah Sukan Malaysia Perlis
1. Badminton
2. Bola Sepak
3. Memanah
4. Olahraga
5. Sepak Takraw
Tarikh tutup permohonan pada 15 Julai 2014
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun pada link muat turun borang permohonan dibawah.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada :
Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7 , Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
3. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.
4. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 Julai 2014.
**Catatan : Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini
0 Response to "Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) - 15 Julai 2014"
Post a Comment