Info : Sasaran 500 kekosongan Jawatan Pegawai Bomba Bantuan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan 500 kekosongan jawatan kosongPegawai Bomba Bantuan (PBB) diisi sepenuhnya tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, perjawatan baharu yang diwujudkan sejak Mei lepas itu bertujuan mempertingkatkan kemampuan serta prestasi penyampaian perkhidmatan kecemasan jabatan tersebut kepada masyarakat.

Katanya, anggota serta pegawai bomba bantuan yang dilantik di bawah skim PBB ini turut mempunyai kuasa yang sama seperti pegawai JBPM semasa bertugas.

"Dengan adanya skim PBB ini, prestasi JBPM sebagai sebuah organisasi kecemasan dapat ditingkatkan kerana mereka akan dulu sampai ke lokasi dan penetapan masa respons dapat dicapai,” katanya semasa taklimat khidmat PBB di sini, hari ini.

jabatan bomba dan penyelamat

Wan Mohd Nor berkata, anggota PBB yang dilantik akan dilatih secara kursus asas namun latihan yang diberikan adalah sama seperti semua anggota JBPM lain bagi memastikan operasi menyelamat, memadam kebakaran dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Menurutnya, kekosongan mengenai perjawatan tersebut sedang dihebahkan menerusi pelbagai medium dan individu yang berminat menyertainya diminta hadir di mana-mana pejabat JBPM untuk pendaftaran dan saringan.

Beliau berkata perjawatan itu juga terbuka kepada semua individu yang bebas daripada masalah kesihatan atau jenayah dan mereka yang layak akan diberi elaun sama seperti anggota penguatkuasa bantuan lain. - Bernama

Article sources

0 Response to "Info : Sasaran 500 kekosongan Jawatan Pegawai Bomba Bantuan"

Post a Comment